Kunjungi Muzium

Pameran luar diadakan samaada pihak muzium menjemput organisasi luar mengadakan pameran di Muzium Petaling Jaya atau pihak muzium sendiri mengadakan pameran luar atas jemputan organisasi lain.

  • GETAH SEKERAP

Getah beku merupakan satu produk daripada takik torehan pada pokok getah (Hevea brasilliensis) yang kini merupakan satu hasil daripada susu getah (Latex). Getah beku merupakan susu getah yang berwarna putih yang asalnya cair setelah proses torehan dan mengalir daripada kulit pokok getah terus ke dalam bekas atau cawan getah. Susu ini akan dibiarkan selama 24 jam dan ia akan membeku. Getah merupakan polimer hidrokarban yang kenyal yang terhasil daripada takik koloid.

Unit Penguatkuasa telah ditubuhkan pada Ogos 1972. Unit ini pernah diletakkan di bawah pengawasan beberapa unit dan bahagian. Seiring kemajuan arus pemodenan Petaling Jaya, Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan telah diwujudkan bagi memperkasakan perlaksanaan dalam pelbagai aspek. Matlamat Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan menjadi sebuah organisasi penguatkuasaan terulung yang efisyen, berintegriti, dan berdisplin dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan. Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MBPJ mempunyai 5 bahagian utama, iaitu Bahagian Pengurusan, Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Operasi, Bahagian Logistik, & Bahagian Keselamatan.

 

The Enforcement Unit was established in August 1972. It was once placed under the supervision of several units and divisions. In line with the modernisation progress in Petaling Jaya, the Enforcement and Security Department has been established to strengthen implementation in various aspects. The goal of the Enforcement and Security Department is to be a leading enforcement organization that is efficient, with integrity, and disciplined in performing enforcement duties. The Enforcement and Security Department of MBPJ has five (5) main divisions, namely the Management Division, Enforcement Division, Operation Division, Logistic Division, & Security Division.

Kandang tertuduh ini merupakan kandang tertuduh yang asal digunakan dalam Mahkamah Majistret (Manusipal) Petaling Jaya. Kandang ini menempatkan pesalah atau tertuduh ketika sesi perbicaraan berlangsung sebelum dijatuhkan hukum. Di dalam kandang ini lazimnya pesalah akan disuruh duduk untuk mendengar pertuduhan ketika sesi mahkamah berlangsung.

 

This accused cage is the original accused cage used in the Petaling Jaya Magistrate Court (Municipal). This cage houses the offender or accused during the trial session before being sentenced. In this cage, usually the offender will be told to sit and hear the charges during the court session.

Petaling Jaya merupakan penempatan yang dibina di atas kawasan ladang getah. Disebabkan oleh masalah kesesakan penduduk dan setinggan, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti ‘Effingham Estate’ iaitu sebuah ladang getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama untuk dijadikan penempatan baru bagi penduduk pada ketika itu menjalankan aktiviti penanaman getah terutamanya bagi masyarakat Melayu.

Kerusi majistret ini ialah kerusi majistret yang pertama sejak penubuhan Mahkamah Majistret (Manusipal) Petaling Jaya. Majlis Perbandaran Petaling Jaya merupakan PBT pertama di Malaysia yang menubuhkan dan mempunyai Mahkamah Majistret Manusipalnya sendiri. Kerusi ini juga menjadi tempat untuk majistret mendengar pertuduhan, mendengar rayuan serta menjatuhkan hukuman kepada pesalah-pesalah kecil lalu lintas, bayaran cukai taksiran, dan sebagainya selaras dengan fungsi serta tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan.

 

This magistrate chair is the first one since the establishment of the Petaling Jaya Magistrate Court (Municipal). Petaling Jaya Municipal Council is the first local authority in Malaysia to establish and has its own Municipal Magistrate Court. This chair is also a place for magistrates to hear charges, appeals as well as impose punishment on petty traffic offenders, payment of assessment tax, etc. in line with the functions and responsibilities of the Local Authority.

Rumah lama di kawasan Old Town merupakan pembangunan terawal yang telah wujud di pekan Petaling Jaya sebelum tahun 1952. Rumah berkeluasan 50’ x 90’ kaki persegi ini dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 1 unit tandas. Rumah ini menggunakan struktur konkrit keseluruhannya. Kawasan perumahan ini merupakan pajakan 99 tahun dan bukan hak milik kekal. Kini tempahan pajakan diperbaharui kepada 60 tahun.

Halaman 1 dari 4

Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my