Rumah Melayu Kedah biasanya mempunyai serambi, rumah ibu, rumah tengah dan dapur. Bumbung yang kebiasaannya terdapat ialah bumbung perak dan juga bumbung panjang. Orang-orang Melayu, begitu teliti dalam membina rumah dari segi pembinaannya mahupun pemilihan tapak rumah supaya mereka akan hidup aman tenteram sepanjang masa. Keistimewaan rumah-rumah ini juga terletak pada kehalusan ukiran bunga kerawang dan ruang-ruangnya iaitu beranda, rumah ibu, anjung, ruang tengah selang, dapur dan pelantar. Rumah zaman dulu tidak ada bilik dan setiap ruang hanya dipisahkan dengan langsir dan kebanyakan ruang adalah terbuka seperti anjung beranda dan pelantar.