Batik adalah satu contoh seni warisan masyarakat Melayu tradisional yang unik dan tinggi nilai estetika serta ketinggian pemikiran pembuat corak motifnya. Ia merupakan warisan kemahiran tangan yang berharga yang mempunyai kesinambungan faktor alam semulajadi, adat resam dan kepercayaan agama malah merangkumi asal-usul, keperluan dan cara hidup.