Diorama awal pasar pagi Petaling Jaya terletak di Seksyen 1 ‘Old Town’ Petaling Jaya. Pasar ini wujud sekitar awal tahun 50-an sebelum Pasar Pagi di Jalan Othman dan Pasar Pagi di New Town (kawasan tapak menara MBPJ kini). Ini merupakan pasar pagi terawal yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan harian. Para peniaga berniaga secara terbuka, berkelompok dan tidak teratur. Ketika itu peniaga menggunakan sempoa dan alat penimbang (ukuran kati & pikul) sebagai bahan ukur dan kiraan dalam urus jual beli. Pasar ini dibuka seawal jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi.

 

The early diorama of the Petaling Jaya morning market is located in Section 1 of the ‘Old Town’ Petaling Jaya. This market existed around the early 50s before the Morning Market on Jalan Othman and the Morning Market in New Town (the site area of ​​the current MBPJ tower). This is the earliest morning market selling a variety of daily necessities. Traders trade openly, in groups and unorganized. At that time, traders used abacus and scales (kati & pikul) as a measuring and counting material in trading transactions. The market is open as early as 6.00 am to 10.00 am.

Pada tahun 1984, MPPJ telah menyambut ulang tahunnya yang ke-20. Selama 20 tahun, Petaling Jaya telah bertukar wajah kepada sebuah pusat perdagangan yang menggalakkan. Ia juga menjadi lambang kejayaan dan aspirasi sebuah bandar yang maju dan menjadi rujukan kepada bandar-bandar lain dari segi pentadbiran dan perancangan bandar. Ini merupakan cenderamata yang diberikan oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al Haj, Sultan dan Yang Dipertua Negeri Selangor Darul Ehsan dan jajahan takluknya.

Koleksi majalah terbitan lama dari unit rekod dan arkib Perpustakaan MPPJ. Inti pati majalah ini adalah berkaitan dengan Petaling Jaya di bawah seliaan Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada ketika itu.

 

Collection of old magazine publications from the record and archive unit of MPPJ Library. The essence of this magazine is related to Petaling Jaya under the supervision of the Petaling Jaya Municipal Council at that time.

Berikut ialah koleksi hasil sumbangan daripada mereka kepada Muzium untuk dijadikan bahan arkib. Ini merupakan koleksi lama atau yang terdahulu pada awal keluarannya.
  • Koleksi Pemati Setem sumbangan Encik Tan Chee Hui
  • Sampul surat Hari Pertama 1963
  • Medal Sambutan Ke-20 Petaling Jaya sumbangan Encik Durairaju Nadarajah
  • Cenderamata sumbangan Encik S.Panchacharam, bekas Ahli Majlis 1966

 

These are the collection of donations from them to the Museum to be used as archival material. This is an old or earlier collection in its early days.

  • Stamp Cancellation Collection contributed by Mr. Tan Chee Hui
  • First day cover 1963
  • 20th Petaling Jaya Anniversary Medal contributed by Mr. Durairaju Nadarajah
  • A gift contributed by Mr. S. Panchacharam, former Councillor Members 1966
 

(Koleksi Pemati Setem Sumbangan Encik Tan Chee Hui)

(Sampul surat Hari Pertama 1963)

 

(Medal Sambutan Ke-20 petaling Jaya yang disumbangkan oleh Encik Durairaju Nadarajah)

 
(Cenderamata Sumbangan Encik S.Panchacharam, bekas Ahli Majlis 1966)
 

Bola boling sumbangan daripada Tan Sri H.M Shah, pemilik Hotel Shah Village. Ia bola boling pertama di Malaysia yang digunakan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein. Tan Sri H.M Shah juga telah membuka pusat boling pertama di Malaysia, iaitu di Petaling Jaya.

 

A bowling ball contributed by Tan Sri H.M Shah, owner of the Shahs Village Hotel. The first bowling ball in Malaysia that had been used by Second Prime Minister, Tun Abdul Razak Hussein. Tan Sri H.M Shah has also opened the first bowling centre in Malaysia in Petaling Jaya.
 
 
 
Tan Sri H.M Shah
 
 

Sungai Way terletak di salah satu kawasan di daerah Petaling Jaya. Sungai Way merupakan sebuah kampung baharu yang dinamakan bersempena dengan nama sungai yang mengalir melalui kawasan tersebut, iaitu Sungai Way yang merupakan anak sungai Penchala. Tanda-tanda awal penduduk di Sungai Way dapat dikesan sejak 142 tahun yang lalu, bermula dari tahun 1870. Dipercayai penemuan hasil bijih timah pada akhir kurun ke-19 di Sungai Way telah menarik ramai pendatang kaum Cina ke situ. Residen Selangor Sir Frank Swettenham telah membina landasan keretapi dari Kuala Lumpur ke Klang pada tahun 1882. Salah satu stesennya terletak di Sungai Way. Hal ini jelas membuktikan bahawa Sungai Way telah diterokai secara pesat sekitar tahun 1870, iaitu selang beberapa tahun selepas pembukaan Kuala Lumpur.

 

Sungai Way is one of the area in the Petaling Jaya district. Sungai Way is a new village that was named after the river that flows through the village, Sungai Way, and is a tributary from Sungai Penchala. Early signs of human existence have been discovered in Sungai Way 142 years ago that began in 1870. It is believed that the discovery of tin ore at the end of the 19th century at Sungai Way had attracted a lot of Chinese migrants to the area. Selangor‘s Resident Sir Frank Swettenham constructed rail lines from Kuala Lumpur to Klang in 1882. One of the stations was located in Sungai Way. This clearly proves that Sungai Way was discovered rapidly around 1870s, between a few years after the discovery of Kuala Lumpur.

Dato’ Mohd Sayuthi Bin Bakar merupakan Datuk Bandar Petaling Jaya yang ke-5. Beliau telah memulakan tugasnya bermula pada 4 April 2019. Sebelum ini beliau ialah mantan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Antara fokus utama beliau adalah untuk memastikan kebersihan kawasan perumahan dan kawasan komersial terpelihara dengan mengambil serius setiap aduan awam.

 

Dato 'Mohd Sayuthi Bin Bakar is the 5th Mayor of Petaling Jaya. He has started his duties starting 4 April 2019. Previously he was the former President of Kajang Municipal Council (MPKj). Among his main focus is to ensure the cleanliness of residential and commercial areas is maintained by taking every public complaint seriously.

Pada 20 Jun 2006, Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Surat pengisytiharan ini telah dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-12 Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada 26 Jun 2006.

Kini kawasan pentadbiran MBPJ berkeluasan 97.2 kilometer persegi, kian pesat membangun. Petaling Jaya mempunyai jumlah penduduk lebih 619,925 orang dan bilangan pegangan harta sebanyak 217,930. Petaling Jaya kini dikenali sebagai pusat pertumbuhan yang terunggul di Negeri Selangor.

 

On 20 June 2006, Petaling Jaya Municipal Council was upgraded as Petaling Jaya City Council. This declaration letter was given by His Majesty the 12th Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail on 26 June 2006.

Now, the MBPJ administrative area is 97.2 square kilometres is rapidly growing. Petaling Jaya has a total population of over 619,925 people and the number of property holding of 217,930. Petaling Jaya is now known as the leading growth centre in the State of Selangor.

Ini merupakan watikah pengisytiharan Majlis Bandaraya Petaling Jaya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor ke-10 pada 20.06.2006 di Istana Alam Shah, Klang.



This is the declaration letter of Petaling Jaya City Council by His Royal Highness Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, 10th Sultan of Selangor on 20.06.2006 at Istana Alam Shah, Klang.

Halaman 1 dari 2

Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my