Kunjungi Muzium

Kaum Cina merupakan masyarakat terawal yang mengusahakan aktiviti perlombongan bijih timah. Pertumbuhan dan kepesatan hasil ekonomi bijih timah telah membuka peluang pekerjaan kepada buruh-buruh asing dalam sektor perlombongan bijih timah.

 

The Chinese were the earliest people to start a tin mining activity. The growth and rapid growth of the tin ore economy has opened up employment opportunities for foreign workers in the tin mining sector.

Orang Asli adalah salah satu kaum terbesar di Selangor. Kebiasaannya mereka hidup berpindah randah dan berada di sepanjang banjaran Titiwangsa. Aktiviti yang dilakukan mereka ialah bercucuk tanam, berburu, berniaga dan mengumpul hasil hutan untuk menyara kehidupan seharian.

 

Orang Asli is one of the largest races in Selangor. They usually move around and are along the Titiwangsa range. They do activities such as farming, hunting, trading and collecting forest products to support daily life.

Aksesori ini dipakai bersama dengan Kebaya Selangor. Kebiasaannya aksesori ini diperbuat daripada emas atau tembaga. Ciri-ciri yang ada pada aksesori ini menyerlahkan lagi kejelitaan dan adat kemelayuan si pemakai.

 

 The accessories are worn along with Kebaya Selangor. It is usually made from gold or copper. The features on this accessory will further enhance the beauty and highlight the Malay custom of the wearer.

Kebaya Selangor ini mempunyai perbezaan yang ketara dengan Kebaya Labuh, Kebaya Pendek Nyonya, Kebaya Pahang atau Kebaya Riau, namun mempunyai sedikit persamaan dengan potongan Kebaya Labuh Nyonya. Perbezaannya ialah Kebaya Selangor tidak mempunyai pesak dan mempunyai potongan yang sedikit berbeza, kainnya pula mengenakan kain sarung dengan ikatan selisih.

 

This Selangor Kebaya possesses a visible difference from the Long Kebaya, the Short Nyonya Kebaya, the Pahang Kebaya or the Riau Kebaya, however it does possess some similarities with the cut of the Long Nyonya Kebaya. The differences are the absence of the gore or tapering section and the cut has a minor different, meanwhile the Sarong is fashioned with overlapping flaps on it.

Ciri-ciri adat berpakaian bagi masyarakat melayu adalah lebih kepada adat kemelayuan dan kesopanan. Bagi kaum lelaki, mereka akan memakai baju Melayu berserta samping dan tengkolok, manakala kaum wanita pula akan memakai Baju Kebaya dihiasi dengan aksesori lain yang akan menyerlahkan kejelitaan seseorang wanita tersebut.

 

The characteristics of dressed custom for the Malay community are more towards the Malay custom itself and politeness. The men will wear Baju Melayu, together with samping and tengkolok (head-dress) meanwhile the women will wear Baju Kebaya decorated with other accessories that will highlight the beauty of a woman.

Sari merupakan pakaian yang digayakan oleh kaum wanita India. Terdapat beberapa jenis sari yang menunjukkan tahap kasta seseorang itu. Sari kebiasaannya menggunakan warna-warna yang menyerlah dan terang.

 

Saree is a dress worn by Indian women. There are several types of Sari that indicate a person's level of caste. Saree usually uses vibrant and bright colours.

Ini merupakan sijil penghargaan yang pernah diterima oleh MBPJ sekitar tahun 1993 hingga 2012. Antara sijil penghargaan yang dianugerah dan dipamerkan ialah sijil anugerah inovasi cemerlang peringkat Negeri Selangor. Selain itu juga banyak sijil lain yang pernah dianugerahkan kepada MBPJ, antaranya anugerah Pihak Berkuasa Tempatan, badan berkanun dan anugerah pengurusan pejabat cemerlang (APPC).

 

This is a certificate of appreciation that MBPJ has achieved around 1993 to 2012. Among the certificates of appreciation achieved and exhibited is the excellent innovation award certificate at the Selangor State level. Apart from that, many other certificates that have been awarded to MBPJ including Local Authority awards, statutory bodies and excellent office management awards (APPC).

Pada Tahun 1950-an terdapat kawasan ladang getah yang dikenali sebagai “Effingham Estet” yang dibina ekoran daripada kepesatan dan kebangkitan semula industri getah. Permintaan getah amat tinggi dalam industri tayar. Getah asli mempunyai keistimewaannya tersendiri. Lazimnya aktiviti berkaitan getah dipelopori oleh kaum India yang mempunyai populasi yang banyak pada ketika itu. Penggunaan kupon pembelian juga dilakukan dalam aktiviti dagangan getah.

 

In the 1950s there was a rubber plantation area called "Effingham Estate" that was established due to the rapid growth and resurgence of the rubber industry. The demand for rubber is very high in the tyre industry. Natural rubber has its own special features. Rubber activity was usually done by the Indians who had a very large population at that time. The use of purchase coupons is also carried out in rubber trading activities.

Pesta Sukan Komanwel ke-16 telah dibuka dengan rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 11 September, dan ditutup dengan rasmi oleh Ratu Elizabeth II. Logo Sukan Komanwel ke-16 ini diinspirasikan daripada bunga kebangsaan Malaysia, iaitu bunga raya. Ini adalah pertama kali warna kuning digunakan dalam lambang logo. Sebelum ini hanya warna biru dan merah digunakan sebagai lambang bendera Union Jack.

 

The 16th Commonwealth Games was officially opened by His Majesty Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman on 11 September, and officially closed by Queen Elizabeth II. The 16th Commonwealth Games logo is inspired by the national flower of Malaysia, hibiscus. This is the first time yellow has been used in logo emblems. Previously only blue and red were used as symbols of the Union Jack flag.

Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my