Kerusi majistret ini ialah kerusi majistret yang pertama sejak
penubuhan Mahkamah Majistret (Manusipal) Petaling Jaya. Majlis
Perbandaran Petaling Jaya merupakan PBT pertama di Malaysia yang
menubuhkan dan mempunyai Mahkamah Majistret Manusipalnya sendiri.
Kerusi ini juga menjadi tempat untuk majistret mendengar
pertuduhan, mendengar rayuan serta menjatuhkan hukuman kepada
pesalah-pesalah kecil lalu lintas, bayaran cukai taksiran, dan
sebagainya selaras dengan fungsi serta tanggungjawab Pihak Berkuasa
Tempatan.
This magistrate chair is the first one since the establishment of the Petaling Jaya Magistrate Court (Municipal). Petaling Jaya Municipal Council is the first local authority in Malaysia to establish and has its own Municipal Magistrate Court. This chair is also a place for magistrates to hear charges, appeals as well as impose punishment on petty traffic offenders, payment of assessment tax, etc. in line with the functions and responsibilities of the Local Authority.