Assalamualaikum wrt dan Salam
Sejahtera,
Syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan
limpah kurnianya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah berjaya
menubuhkan Muzium Petaling Jaya. Syabas dan tahniah kepada
Jawatankuasa Protem Muzium Petaling Jaya yang terlibat dalam
merealisasikan penubuhan muzium ini.
Assalamualaikum wrt dan
Salam Sejahtera,
Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya Muzium Petaling Jaya sudah beroperasi dan sentiasa bersedia menerima kunjungan pelawat. Ucapan terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Dato’ Haji Mohamad Roslan bin Sakiman, Datuk Bandar Petaling Jaya di atas sokongan dan komitmen padu di dalam usaha untuk merealisaikan penubuhan Muzium Petaling Jaya.