Ini merupakan pencapaian dalam sukan yang dimenangi oleh pasukan MPPJ dari tahun 1991 hingga 2003. Antara pertandingan sukan yang disertai ialah sukan badan-badan berkanun, kejohanan olahraga antara jabatan, piala pusingan pihak berkuasa tempatan dan banyak lagi sukan yang disertai oleh pasukan MPPJ.

 

This is an achievement in sports won by the MPPJ team from 1991 to 2003. Among the sports competitions participated are statutory body sports, inter-departmental athletics tournaments, local authority round trophies and many more sports participated by the MPPJ team.

Tahun 2003 merupakan puncak kejayan MPPJ FC apabila ia menempa sejarah menjadi pasukan bola sepak berstatus kelab yang pertama yang telah menjuarai Piala Malaysia 2003. MPPJ FC dengan bangganya meraih kejayaan dengan kehadiran maskot berupa labah-labah spesis ‘Black Widow’ yang menggambarkan MPPJ FC sebagai sebuah kelab kecil, namun sengatnya cukup berbisa.

 

The year 2003 was the culmination of MPPJ FC's success when it made history to become the first club football team to win the Malaysia Cup 2003. MPPJ FC proudly achieved success with the presence of the 'Black Widow' species spider mascot which depicts MPPJ FC as a small club but has a quite poisonous sting.

Ini merupakan anugerah dan pencapaian Majlis Bandaraya Petaling Jaya dari tahun 1990 hingga 2011. Anugerah dan pencapaian ini serba sedikit memberikan sumbangan dan kejayaan kepada MBPJ supaya lebih bersemangat dan komited dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Antaranya ialah anugerah kualiti antara pihak berkuasa tempatan, anugerah inovasi perkhidmatan awam peringkat Negeri Selangor dan sebagainya.

 

These are the awards and achievements of Petaling Jaya City Council from 1990 to 2011. These awards and achievements give a little contribution and success to MBPJ to be more enthusiastic and committed in doing a job. Among them are quality awards between local authorities, public service innovation awards at the Selangor State level and so on.

Petaling Jaya juga tidak asing lagi kepada pelabur-pelabur dalam dan luar negara bagi menjalankan perniagaan produk perindustrian yang berasaskan pemprosesan makanan dan penjagaan diri. Kebanyakan jenama produk perindustrian terkenal yang wujud pada awal tahun 1960-an masih mengekalkan lagi kilang operasinya di Petaling Jaya.

 

Petaling Jaya is also no stranger to domestic and foreign investors to conduct industrial products business based on food processing and personal care. Most well-known industrial product brands that existed in the early 1960s still maintain their operating factory in Petaling Jaya.

Hutan simpan Bukit Gasing terletak di sempadan kawasan Petaling Jaya dan Wilayah Kuala Lumpur. Hutan Bukit Gasing dengan kawasan seluas 36 hektar telah diwartakan sebagai hutan simpan pada 9 November 1961 melalui ‘Gazette Notification’ 807-61. Selain itu, Bukit Gasing juga terkenal sebagai tempat penyelidikan terhadap flora dan fauna seperti serangga 1992.

 

Bukit Gasing forest reserve is located on the border of Petaling Jaya and Kuala Lumpur Territory. Bukit Gasing Forest with an area of ​​36 hectares was gazetted as a forest reserve on 9 November 1961 through ‘Gazette Notification’ 807-61. Apart from that, Bukit Gasing is also known as a place of research on flora and fauna such as 1992 insects.

Ini merupakan koleksi setem korporat MBPJ sempena sambutan ulang tahun ke-3 dan ke-5 Bandaraya Petaling Jaya. Berdasarkan setem yang dipamerkan, tertera wajah Dato’ Haji Mohamad Roslan Bin Sakiman, iaitu Datuk Bandar Petaling Jaya yang kedua.

 

This is a collection of MBPJ corporate stamps in conjunction with the 3rd and 5th anniversary celebrations of Petaling Jaya City. Based on the stamp displayed, the face of Dato’ 'Haji Mohamad Roslan Bin Sakiman, the second Mayor of Petaling Jaya was featured.

Pesta Sukan Komanwel ke-16 telah dibuka dengan rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 11 September, dan ditutup dengan rasmi oleh Ratu Elizabeth II. Logo Sukan Komanwel ke-16 ini diinspirasikan daripada bunga kebangsaan Malaysia, iaitu bunga raya. Ini adalah pertama kali warna kuning digunakan dalam lambang logo. Sebelum ini hanya warna biru dan merah digunakan sebagai lambang bendera Union Jack.

 

The 16th Commonwealth Games was officially opened by His Majesty Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman on 11 September, and officially closed by Queen Elizabeth II. The 16th Commonwealth Games logo is inspired by the national flower of Malaysia, hibiscus. This is the first time yellow has been used in logo emblems. Previously only blue and red were used as symbols of the Union Jack flag.

Ini merupakan sijil penghargaan yang pernah diterima oleh MBPJ sekitar tahun 1993 hingga 2012. Antara sijil penghargaan yang dianugerah dan dipamerkan ialah sijil anugerah inovasi cemerlang peringkat Negeri Selangor. Selain itu juga banyak sijil lain yang pernah dianugerahkan kepada MBPJ, antaranya anugerah Pihak Berkuasa Tempatan, badan berkanun dan anugerah pengurusan pejabat cemerlang (APPC).

 

This is a certificate of appreciation that MBPJ has achieved around 1993 to 2012. Among the certificates of appreciation achieved and exhibited is the excellent innovation award certificate at the Selangor State level. Apart from that, many other certificates that have been awarded to MBPJ including Local Authority awards, statutory bodies and excellent office management awards (APPC).

Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my