Dalam memastikan peranan muzium sebagai institusi pendidikan yang tidak formal, Muzium Petaling Jaya menyediakan pelbagai program pendidikan yang dilaksanakan khusus kepada para pelajar sekolah. Antaranya aktiviti pertandingan, demonstrasi dan bengkel, pameran bergerak dan program “Jom Melawat Muzium”.