Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya Muzium Petaling Jaya sudah beroperasi dan sentiasa bersedia menerima kunjungan pelawat. Ucapan terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Dato’ Haji Mohamad Roslan bin Sakiman, Datuk Bandar Petaling Jaya di atas sokongan dan komitmen padu di dalam usaha untuk merealisaikan penubuhan Muzium Petaling Jaya.
Penubuhan Muzium Petaling Jaya ini sekaligus menjadi mercu tanda dan icon baru bagi Produk Pelancongan Negeri Selangor serta Petaling Jaya amnya.Objektif utama muzium ini ialah member peluang kepada orangramai khususnya generasi baru sejarah perkembangan Petaling Jaya dari mula diterokai sehinggalah kini berkembang pesat sebagai sebuah bandar metropolitan. Terima kasih kepada penduduk Petaling Jaya yang telah menyumbang artifak dan bahan cetakan untuk dipamerkan di sini.
Di muzium ini orang ramai berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana Petaling Jaya dahulu dan kini setelah 50 tahun ditubuhkan. Orang ramai juga berpeluang melihat pentadbir Petaling Jaya yang ditadbirurus oleh Pihak Berkuasa Tempatan bermula dengan Petaling Jaya Authority sehinggalah sekarang Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Justeru itu saya berharap dengan tertubuhnya Muzium Petaling Jaya ini seluruh warga Petaling Jaya dapat memanfaatkan serta menghargai nilai sejarah negara. Akhir sekali semoga Muzium Petaling Jaya akan menjadi perintis kepada PBT lain dalam memelihara dan memartabatkan kahzanah warisan bangsa. Puliharalah Kahzanah Warisan Kita. Selamat melayari laman web Muzium Petaling Jaya.
Sekian, terima kasih.
ENCIK MOHAMAD ROSNANI BIN HJ. HAMID ( A.M.S, P.P.T )
Pengarah Pembangunan Masyarakat