Arkib Maklumat

Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya ingin menjemput tuan, puan, adik, abang, akak untuk menyertai Kuiz Jom Kenali Artifak Siri 3/2023 di Facebook Muzium Petaling Jaya. Video berkenaan Jom Kenali Artifak Siri 3/2023 telah di muat naik di Facebook Muzium Petaling Jaya. Kuiz bermula dari 21/12/2023 sehingga 25/12/2023. Hadiah Wang Tunai menanti para pemenang. Pemenang akan diumumkan pada 26/12/2026. Selamat Mencuba. Mungkin Andalah Yang Kami Cari.
 
#jomkenaliartifak
#siri3/2023
#jommelawatmuzium
#pjlearningcity
#petalingjayacitycouncil
#majlisbandarayapetalingjaya
#PJkita
#PetalingJaya
 
 

AKAN DATANG JOM KENALI ARTIFAK SIRI 3/2023 di Facebook Muzium Petaling Jaya

Dengan segala hormatnya Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya ingin menjemput anda untuk menyertai program yang bakal berlangsung ini. 


Persiapkan diri anda untuk mendekati keunikan dan kepelbagaian budaya di Malaysia kerana Jom Kenali Artifak Siri 3/2023 kini kembali dengan sorotan utama yang bertemakan "Kepelbagaian Busana Sarawak".


Orang ramai diminta untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini aktiviti sosial media kami di Facebook Muzium Petaling Jaya kerana video tersebut akan dimuatnaik dalam waktu yang terdekat. 


Stay tuned! 


Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah wang tunai kerana kuiz yang bakal menguji pengetahuan anda akan diberikan berdasarkan video tersebut!


Jom Sertai Kami! 


#jomkenaliartifak

#kuizmuzium

#pjunescolearningcity

#pjlearningcity

#jomkunjungimuzium

#muziumpetalingjaya

#majlisbandarayapetalingjaya

Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya ingin menjemput anda semua bagi menyertai Pertandingan Kuiz Muzium Secara Maya bagi tahun 2023 secara dalam talian. Pertandingan ini dibuat bagi memberi kemahiran serta pengalaman pada para peserta supaya lebih menghargai serta memartabatkan budaya seni bangsa dan untuk mempromosikan jenama Muzium Petaling Jaya sebagai destinasi pelancongan utama mesti singgah di Selangor. Soalan adalah bertemakan Sejarah Petaling Jaya dari dulu sehingga kini. Berikut adalah butiran Pertandingan Kuiz Muzium Secara Maya Bagi Tahun 2023 :-
 
          Tarikh                       : 27 November 2023 sehingga 30 November 2023 (Isnin sehingga Khamis)
          Pautan Soalan Kuiz : https://www.surveymonkey.com/r/TY3LYFD
          Pautan QR Code     : 
 
                                                   
                                                 
Pertandingan Kuiz Maya ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 13 dan ke atas. Peserta yang berjaya menjawab soalan dengan tepat dan pantas dalam tempoh hari yang ditetapkan akan dikira sebagai pemenang. Hadiah wang tunai disediakan kepada peserta yang berjaya. Sila pastikan maklumat lengkap diri tuan/puan diisi bagi memudahkan pihak kami menghubungi tuan/puan. 

Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya ingin menjemput orang ramai ke Pameran Warisan Kebudayaan "The Heritage Of The Straits Chinese". Kali ini pihak muzium mengetengahkan pameran budaya masyarakat Baba Nyonya yang mungkin tidak diketahui oleh orang umum masa kini.
 
Anda dijemput hadir ke Muzium Petaling Jaya yang terletak di Taman Jaya. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 03-79548122. Jom ramai-ramai ke muzium.
 
#jomkemuzium
#muziumpetalingjaya
#pameranbabanyonya
#PJkita
#petalingjayacitycouncil
#phlearningcity
#MalaysiaMadani

Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya ingin menjemput orang ramai untuk menyertai Pertandingan Deklamasi Sajak Petaling Jaya 2023. Tiga kategori dipertandingkan iaitu Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Terbuka. Tema yang dipilih pada tahun ini adalah "PETALING JAYA SEBUAH BANDAR PEMBELAJARAN".
 
Pertandingan ini akan dibuat dalam masa terdekat. Terdapat syarat-syarat baru untuk pertandingan pada kali ini. Oleh itu, sesiapa yang berminat bolehlah merangka sajak yang ingin dipertandingkan nanti. Tidak lupa setiap sajak perlulah diselitkan 1 nilai dari 17 nilai murni dalam sajak tersebut. Hadiah Wang Tunai dan Piala Iringin menanti para pemenang. Saguhati juga diberikan kepada semua peserta. Jom Sertai Pertandingan Sajak Petaling Jaya 2023 pada kali ini.
 
#pertandingansajak
#sajak2023
#petalingjayasebuahbandarpembelajaran
#pjlearningcity
#PJkita
#petalingjayacitycouncil
#muziumpetalingjaya
#MalaysiaMadani
#jomkunjungimuzium

Sarawak dikenali juga Sarawak Bumi Kenyalang merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia, Sarawak bebas dari kolonial British pada 22 Julai 1963.
Lokasi dan sejarah Sarawak telah menghasilkan kepelbagaian etnik, budaya dan bahasa yang luas. Antara penduduk asli Sarawak, pengaruh luar telah membawa banyak perubahan dari masa ke masa.
 
Dengan ini Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mengadakan sebuah Pameran Thematik bertajuk ‘Tok Lah Kamek : Melestari Bangsa Menjunjung Budaya’ yang menyinkap sejarah dan misteri masyarakat pribumi yang terdapat di Negeri Sarawak. Jom kita kenali dengan lebih dekat lagi masyarakat pribumi yang hampir pupus ini.
 
Pameran ini berlangsung pada 1 September 2022 sehingga 31 Mac 2023 bertempat di Galeri C Pameran Thematik Muzium Petaling Jaya. Muzium Petaling Jaya dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dan Cuti Umum bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Masuk adalah percuma!
 
Jom Kunjungi Muzium!
 

PROGRAM AKAN DATANG!!

Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan mengadakan Program Jom Kenali Artifak Siri 2/2022 secara maya tidak lama lagi. Tema yang dipilih pada kali ini adalah "Seni Warisan Kukur Kelapa".

Oleh itu, pihak Muzium Petaling Jaya mengharapkan penyertaan dari kalian semua dan hadiah menarik menanti para pemenang. Video akan ditayangkan pada bila-bila masa sahaja di Facebook Rasmi Muzium Petaling Jaya dan soalan yang diberikan berdasarkan video yang ditayangkan.

#pjlearningcity
#pjkita
#sayangipj
#thisispj
#jomkunjungimuzium

Makluman Semua!!

Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan menganjurkan Pertandingan Deklamasi Sajak 2022 Pada 25 Jun 2022 (Sabtu) bertempat di PJ Smart Centre, Ibu Pejabat MBPJ.
 
Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori, Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Terbuka. Pertandingan ini terbuka untuk semua penyertaan.
 
Pertandingan ini terhad kepada 10 penyertaan terawal bagi setiap kategori. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Jun 2022 (Jumaat).
 
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi En Nafie atau En Farhan di talian 011-40033406 /03-79548122 atau email ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Hantarkan Penyertaan Anda Hari Ini! 😀

Salam Ramadhan dan Selamat Sejahtera kepada para pengunjung yang dihormati, untuk makluman semua pengunjung, Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan ditutup sempena cuti Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 bermula 01 Mei 2022 (Ahad) hingga 08 Mei 2022 (Ahad). Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda bolehlah menghubungi kami di talian 03-79548122 atau email ke kami Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Stay Save Everyone.
 
 

Akan Datang…

JOM KENALI ARTIFAK SIRI 1/2022! . Dengan segala hormatnya Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya menjemput penyertaaan tuan/puan ke program ini nanti. Pihak kami akan memuat naik video beserta soalan yang bakal dikemukan dalam masa terdekat!
 
Stay Tuned and Keep Updated…
 
Tema Jom Kenali Artifak Siri 1/2022 adalah Artifak Topeng….5 Hadiah Wang Tunai Menanti Para Peserta Yang Berjaya!!
 
Jom Sertai Kami!
 

Halaman 1 dari 3

Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my