Sejarah Bangunan

Sejarah Bangunan

Muzium Petaling Jaya terletak di dalam kawasan Taman Tasik Jaya, Seksyen 10, Petaling Jaya. Pada asalnya merupakan Rumah Taman Bacaan Kanak-kanak yang telah dirasmikan pada tahun 1980 oleh Datin Hajah Sulaimah Bt. Maiji, iaitu isteri kepada bekas Menteri Besar Selangor iaitu Ybg. Dato’ Haji Hormat Rafei ( 1976 – 1982 ).

Perubahan dari masa ke semasa menampakan kepesatan pembangunan Petaling Jaya menjadikan Taman Bacaan ini tidak lagi sesuai di tempatkan di Taman Jaya. Pada tahun 1992 bangunan ini telah diambil alih oleh Jabatan Pembangunan Persekitaran. Bangunan ini telah dijadikan sebagai Pusat Pendidikan Alam Sekitar di mana pelbagai program, kursus serta Kem Pendidikan Alam Sekitar dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya ( ketika itu ).

Bangunan ini asalnya adalah menggunakan struktur kayu sebelum diubah suai kepada struktur konkrit pada keseluruhan bangunan. Penghujung April 2007, bangunan ini telah diambil alih sepenuhnya oleh Bahagian Perpustakaan & Pengurusan Maklumat ( Unit Muzium ) untuk dijadikan sebagai lokasi Muzium Petaling Jaya. Kerja-kerja penyelenggaraan dan ubah suai telah siap sepenuhnya pada awal Oktober 2007 dan telah diduduki sepenuhnya pada 4 Oktober 2007. Tanggal 12 November 2007, Muzium Petaling Jaya dengan secara rasminya telah di buka kepada orang ramai.

Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my