Era pentadbiran Petaling Jaya memperlihatkan ramai tokoh-tokoh yang banyak menyumbang jasa kepada pembangunan Petaling Jaya. Bermula dengan Petaling Jaya Authority pada tahun 1954 Petaling Jaya terus cemerlang sehinggalah diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya pada 20 Jun 2006.
Selain itu galeri ini juga memaparkan kejayaan dan kecemerlangan majlis dengan koleksi cenderamata serta anugerah dan pencapaian yang diterima. Terdapat juga diorama Bahagian Penguatkuasa dan keselamatan, replika kunci , Replika Black Widow sempena kejayaan MPPJ FC.

