Galeri Hall of Fame ditubuhkan adalah untuk memberi penghargaan dan juga mengenang jasa-jasa tokoh yang telah banyak mencorak pembangunan di Petaling Jaya sehingga lahirnya sebuah bandar baru yang terancang. Galeri Tokoh ini juga akan memaparkan kejayaan demi kejayaan yang dicapai sepanjang tempoh perkhidmatan tokoh-tokoh tersebut.

