Koleksi Cerita

Galeri B - Pentadbiran Awal Petaling Jaya Dahulu Hingga Kini

Era pentadbiran Petaling Jaya memperlihatkan ramai tokoh-tokoh yang banyak menyumbang jasa kepada pembangunan Petaling Jaya. Bermula dengan Petaling Jaya Authority pada tahun 1954 Petaling Jaya terus cemerlang sehinggalah diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya pada 20 Jun 2006.

Selain itu galeri ini juga memaparkan kejayaan dan kecemerlangan majlis dengan koleksi cenderamata serta anugerah dan pencapaian yang diterima. Terdapat juga diorama Bahagian Penguatkuasa dan keselamatan, replika kunci , Replika Black Widow sempena kejayaan MPPJ FC.

Galeri B - Pentadbiran Awal Petaling Jaya Dahulu Hingga Kini

Galeri B - Cenderamata Ulangtahun MPPJ ke-20 (1964-1954)

Pada tahun 1984, MPPJ telah menyambut ulang tahunnya yang ke-20. Selama 20 tahun, Petaling Jaya telah bertukar wajah kepada sebuah pusat perdagangan yang menggalakkan. Ia juga menjadi lambang kejayaan dan aspirasi sebuah bandar yang maju dan menjadi rujukan kepada bandar-bandar lain dari segi pentadbiran dan perancangan bandar.

Galeri B - Cenderamata Ulangtahun MPPJ ke-20 (1964-1954)

Galeri B - Majalah Terbitan Lama

Koleksi majalah terbitan lama dari unit rekod dan arkib Perpustakaan MPPJ. Inti pati majalah ini adalah berkaitan dengan Petaling Jaya di bawah seliaan Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada ketika itu.

Galeri B - Majalah Terbitan Lama
Image

Hubungi Kami

Hubungi

Tel: +603 - 7954 8122
E-mel: unitmuzium@mbpj.gov.my

Alamat:

Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan