Waktu Operasi Muzium
Muzium kami mengalu-alukan kedatangan pelawat pada setiap hari bekerja dan hujung minggu (kecuali Jumaat & Cuti Umum). Sila ambil maklum waktu operasi kami.
- Isnin - Ahad: 9.00 Pagi - 5.00 Petang
- Jumaat & Cuti Umum: Tutup
- Kemasukan: Percuma
Etika Muzium
Demi menjaga keselamatan artifak dan keselesaan pelawat lain, sila ikuti panduan berikut:
- Merokok adalah dilarang di dalam kawasan muzium.
- Dilarang membawa makanan dan minuman di dalam muzium.
- Tidak dibenarkan membawa masuk haiwan peliharaan ketika di dalam muzium.
- Pengunjung tidak dibenarkan membawa objek tajam dan topi keledar semasa berada di muzium.
- Sila elakkan daripada menyentuh barang pameran dan melakukan sebarang tindakan yang boleh mendatangkan kerosakan kepada barang pameran.
- Dibenarkan mengambil gambar foto tanpa flash. Fotografi khas dan rakaman filem dibenarkan dengan surat rasmi.
Kemudahan
Berikut adalah kemudahan terdapat di sekitar:
- Stesen LRT yang berhampiran (Stesen Taman Jaya)
- Taman rekreasi
- Tandas awam
- Gerai makanan
- Kemudahan OKU
Pelan Lantai Muzium
Layangkan tetikus untuk zum imej
Info Lokasi Ke Muzium Petaling Jaya
Lokasi & Peta
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10, Taman Jaya,
46000 Petaling Jaya, Selangor
Muzium Petaling Jaya terletak di kawasan strategik berhampiran Taman Jaya. Anda boleh merancang perjalanan anda dengan menekan butang di bawah.
Buka Google MapsBas
Pelawat boleh menaiki Bas Percuma Petaling Jaya (Bas Hijau) dan turun di perhentian:
- SK La Salle Selatan (PJ474)
- Tasik Taman Jaya (PJ441)
LRT
Menaiki LRT Laluan Kelana Jaya dan turun di:
- Stesen LRT Taman Jaya (KJ20) berhampiran Amcorp Mall.
Kawasan Letak Kereta
Kawasan letak kereta yang selesa dan percuma disediakan di kawasan Taman Jaya untuk kemudahan semua pelawat.
Tempat Menarik Berdekatan
Bantuan &
Pertanyaan
Kami sedia membantu untuk sebarang pertanyaan mengenai galeri, lawatan berkumpulan, atau koleksi artifak kami.
Muzium Petaling Jaya, Jalan 10/7,
Seksyen 10, Taman Jaya, 46000
Petaling Jaya, Selangor

