Pembangunan Petaling Jaya bermula di Petaling Jaya Old Town sebelum berkembang menjadi sebuah bandar yang pesat membangun dan juga sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan terpenting di negeri Selangor.

Pembangunan Petaling Jaya bermula di Petaling Jaya Old Town sebelum berkembang menjadi sebuah bandar yang pesat membangun dan juga sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan terpenting di negeri Selangor.
Ini merupakan antara anugerah dan pencapaian Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang dipamerkan
Tahun 2003 merupakan puncak kejayan MPPJ FC apabila ia menempa sejarah menjadi pasukan bola sepak berstatus kelab yang pertama yang telah menjuarai Piala Malaysia 2003.
Ini merupakan antara pencapaian dalam sukan yang pernah dimenangi oleh pasukan sukan MPPJ.
Hutan simpan Bukit Gasing terletak di sempadan kawasan Petaling Jaya dan Wilayah Kuala Lumpur.
Pesta Sukan Komanwel ke-16 telah dibuka dengan rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 11 September 1998, dan ditutup dengan rasmi oleh Ratu Elizabeth II diamana Malaysia telah menjadi Tuan Rumah bagi penganjuran edisi tahun tersebut. Logo Sukan Komanwel ke-16 ini diinspirasikan daripada bunga kebangsaan Malaysia, iaitu bunga raya. Ini adalah pertama kali warna kuning digunakan dalam lambang logo. Sebelum ini hanya warna biru dan merah digunakan sebagai lambang bendera Union Jack.
Tugu peringatan ini telah dibina di kawasan Taman Tasik Bandaran, Petaling Jaya dimana ia merupakan salah satu vanue sewaktu temasya sukan ini berlansung. Replika Tugu Peringatan ini telah disimpan dan di pamerkan di Muzium Petaling Jaya
Ini merupakan antara sijil penghargaan yang pernah diterima oleh MBPJ sekitar tahun 1993 hingga kini
Petaling Jaya juga tidak asing lagi kepada pelabur-pelabur dalam dan luar negara bagi menjalankan perniagaan produk perindustrian yang berasaskan pemprosesan makanan dan penjagaan diri. Kebanyakan jenama produk perindustrian terkenal yang wujud pada awal tahun 1960-an masih mengekalkan lagi kilang operasinya di Petaling Jaya sehingga menjadikan Petaling Jaya sebagai Hub Ekonomi terpinting di Selangor dan Malaysia sehingga ke hari ini.
Ini merupakan koleksi setem korporat MBPJ sempena sambutan ulang tahun ke-3 dan ke-5 Bandaraya Petaling Jaya.

Tel: +603 - 7954 8122
E-mel: unitmuzium@mbpj.gov.my