Galeri B - Sejarah Kawasan Sungai Way

Galeri B - Sejarah Kawasan Sungai Way

Sungai Way merupakan sebuah kampung baharu yang dinamakan bersempena dengan nama sungai yang mengalir melalui kawasan tersebut, iaitu Sungai Way yang merupakan salah satu daripada anak sungai bagi sungai Penchala.

Kawasan ini merupakan salah satu kawasan awal yang diduduki di sekitar Petaling Jaya. Tanda-tanda awal penduduk di Sungai Way dapat dikesan sejak 142 tahun lagi dan dikatakan bermula dari tahun 1870. Dipercayai penemuan hasil bijih timah pada akhir kurun ke-19 di Sungai Way telah menarik ramai pendatang kaum Cina ke situ.

Kerancakan aktiviti perlombongan bijih timah di Sungai Wei ini dapat dilihat apabila Residen Selangor Sir Frank Swettenham telah membina landasan keretapi dari Kuala Lumpur ke Klang pada tahun 1882 dan salah satu stesennya terletak di Sungai Way. Hal ini jelas membuktikan bahawa Sungai Way telah diterokai secara pesat seiring dengan pembukaan Kuala Lumpur sebagai kawasan utama perlombongan bijih timah.

a23

Replika kunci tanda penyerahan kawasan Lembaga Bandaran Sungai Wei yang ditadbir PKNS kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada tahun 1977

Image

Hubungi Kami

Hubungi

Tel: +603 - 7954 8122
E-mel: unitmuzium@mbpj.gov.my

Alamat:

Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan