Ucapan Dato' Bandar

Ucapan Dato’ Bandar

Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera,Syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah kurnianya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah berjaya menubuhkan Muzium Petaling Jaya. Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Muzium Petaling Jaya yang terlibat dalam merealisasikan penubuhan muzium ini.

Muzium Petaling Jaya yang terletak di Taman Tasik Jaya terbahagi kepada 6 galeri utama. Dengan wujudnya 6 galeri utama ini diharapkan dapat memberi gambaran serta informasi mengenai sejarah dan perkembangan Petaling Jaya sejak mula diwujudkan. Sekaligus memberi peluang kepada generasi baru mengetahui penubuhan Petaling Jaya dari dahulu hingga kini. Pelbagai aktiviti dan program anjuran MBPJ dipaparkan di sini, perkembangan Petaling Jaya dari segi infrastruktur, perumahan, perdagangan dan perindustrian yang pesat turut dipaparkan. Saya berharap agar penduduk Petaling Jaya dapat bersama-sama memanfaatkan muzium ini. Pandangan atau teguran untuk menambah baik muzium ini sangat dialu-alukan. Saya menyeru penduduk Petaling Jaya agar dapat menyumbang idea di dalam meningkatkan kualiti muzium ini.

Di kesempatan ini juga saya ingin berterima kasih kepada pihak yang terlibat di dalam pembukaan Muzium Petaling Jaya dan diharapkan lebih ramai lagi yang dapat menyumbang artifak atau apa juga bahan untuk dipamerkan di Muzium Petaling Jaya. Akhir kata, saya berharap agar lebih ramai lagi penduduk Petaling Jaya datang dan mengunjungi Muzium Petaling Jaya. Selamat melayari laman web Muzium Petaling Jaya.

Dato Bandar
Dato' Mohd Yazid bin Sairi Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Image

Hubungi Kami

Hubungi

Tel: +603 - 7954 8122
E-mel: unitmuzium@mbpj.gov.my

Alamat:

Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan