Objektif
Muzium
Peranan strategik muzium sebagai pusat pemuliharaan, rujukan dan penglibatan komuniti.
Pemuliharaan & Dokumentasi
Mengumpul, mendokumentasikan, memulihara, memelihara, mempamerkan, menterjemah bahan-bahan yang mempunyai nilai-nilai sejarah, ekonomi dan pembangunan terutamanya kepada MBPJ dan Petaling Jaya.
Pusat Repositori
Menjadi pusat penyimpanan semua terbitan dan dokumen MBPJ.
Pemeliharaan Sejarah
Memperoleh, memulihara dan memelihara bahan-bahan yang mempunyai kesan terhadap sejarah, pembangunan dan perkembangan Petaling Jaya.
Pusat Rujukan
Bertindak sebagai pusat perkhidmatan dan penyaluran maklumat dan rujukan kepada para pengkaji dan masyarakat umum.
Penglibatan Komuniti
Menjadi medium dalam menggalakkan penglibatan dan mendekatkan masyarakat terhadap program-program dan perkhidmatan yang disediakan oleh MBPJ.

