Pada 20 Jun 2006, Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Surat pengisytiharan ini telah dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-12 Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada 26 Mei 2006.
Kini kawasan pentadbiran MBPJ berkeluasan 97.2 kilometer persegi, kian pesat membangun. Petaling Jaya mempunyai jumlah penduduk lebih 619,925 orang dan bilangan pegangan harta sebanyak 217,930. Petaling Jaya kini dikenali sebagai pusat pertumbuhan yang terunggul di Negeri Selangor.

Surat Perisytiharan Taraf Bandaraya kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya

