Pada tahun 1984, MPPJ telah menyambut ulang tahunnya yang ke-20. Selama 20 tahun, Petaling Jaya telah bertukar wajah kepada sebuah pusat perdagangan yang menggalakkan. Ia juga menjadi lambang kejayaan dan aspirasi sebuah bandar yang maju dan menjadi rujukan kepada bandar-bandar lain dari segi pentadbiran dan perancangan bandar. Ini merupakan cenderamata yang diberikan oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al Haj, Sultan dan Yang Dipertua Negeri Selangor Darul Ehsan dan jajahan takluknya.

