Unit Penguatkuasa telah ditubuhkan pada Ogos 1972. Unit ini pernah diletakkan di bawah pengawasan beberapa unit dan bahagian.
Seiring kemajuan arus pemodenan Petaling Jaya, Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan telah diwujudkan bagi memperkasakan perlaksanaan dalam pelbagai aspek. Matlamat Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan menjadi sebuah organisasi penguatkuasaan terulung yang efisyen, berintegriti, dan berdisplin dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan. Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MBPJ mempunyai 5 bahagian utama, iaitu Bahagian Pengurusan, Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Operasi, Bahagian Logistik, & Bahagian Keselamatan.

