Koleksi Cerita

Galeri A - Sejarah Kelahiran Petaling Jaya

 

Jika dahulu Petaling Jaya sekadar kawasan ladang getah dan lombong bijih timah, kini Petaling Jaya berubah wajah menjadi sebuah bandar yang pesat membangun. Akibat dari masalah kesesakan dan setinggan di pinggir Kuala Lumpur sekitar awal 1950-an kerajaan negeri Selangor telah mengenal pasti tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Kelang Lama bagi mewujudkan sebuah penempatan baru. Dengan kewujudan penempatan baru ini maka lahirlah Petaling Jaya, nama yang diasaskan oleh Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British pada waktu itu, sempena nama pokok Petaling yang dipercayai hidup subur dan Petaling Jaya telah menjadi sebuah Bandar satelit yang pertama di Malaysia.

Galeri A - Sejarah Kelahiran Petaling Jaya

Galeri A - Penanda Lengan dan Tag Nama

Penanda lengan dan tag nama telah digunakan sebagai tanda pengenalan diri sewaktu rondaan di sektor yang telah ditetapkan. Penanda dan tag nama ini telah digunakan oleh Rukun Tetangga Sektor 1B Petaling Jaya.

Galeri A - Penanda Lengan dan Tag Nama

Galeri A - Pokok Getah

Petaling Jaya merupakan penempatan yang dibina di atas kawasan ladang getah. Disebabkan oleh masalah kesesakan penduduk dan setinggan, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti ‘Effingham Estate’ iaitu sebuah ladang getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama untuk dijadikan penempatan baru bagi penduduk pada ketika itu menjalankan aktiviti penanaman getah terutamanya bagi masyarakat Melayu.

Galeri A - Pokok Getah
Image

Hubungi Kami

Hubungi

Tel: +603 - 7954 8122
E-mel: unitmuzium@mbpj.gov.my

Alamat:

Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan