Petaling Jaya merupakan satu penempatan baharu yang dibina di atas kawasan ladang getah disebabkan oleh masalah kesesakan penduduk dan setinggan yang di alami oleh Kuala Lumpur pada 1950an.
Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti satu ladang yang bernama ‘Effingham Estate’ iaitu sebuah ladang getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama yang sesuai untuk dijadikan penempatan baru bagi penduduk pada ketika itu kebanyakkannya menjalankan aktiviti penanaman getah terutamanya masyarakat Melayu dan India.

Replika suasana ladang getah di Petaling Jaya

