Galeri B - Sejarah Kawasan Sungai Way / History of Sungai Way Area

Galeri B - Sejarah Kawasan Sungai Way / History of Sungai Way Area

Sungai Way terletak di salah satu kawasan di daerah Petaling Jaya. Sungai Way merupakan sebuah kampung baharu yang dinamakan bersempena dengan nama sungai yang mengalir melalui kawasan tersebut, iaitu Sungai Way yang merupakan anak sungai Penchala. Tanda-tanda awal penduduk di Sungai Way dapat dikesan sejak 142 tahun yang lalu, bermula dari tahun 1870. Dipercayai penemuan hasil bijih timah pada akhir kurun ke-19 di Sungai Way telah menarik ramai pendatang kaum Cina ke situ. Residen Selangor Sir Frank Swettenham telah membina landasan keretapi dari Kuala Lumpur ke Klang pada tahun 1882. Salah satu stesennya terletak di Sungai Way. Hal ini jelas membuktikan bahawa Sungai Way telah diterokai secara pesat sekitar tahun 1870, iaitu selang beberapa tahun selepas pembukaan Kuala Lumpur.

 

Sungai Way is one of the area in the Petaling Jaya district. Sungai Way is a new village that was named after the river that flows through the village, Sungai Way, and is a tributary from Sungai Penchala. Early signs of human existence have been discovered in Sungai Way 142 years ago that began in 1870. It is believed that the discovery of tin ore at the end of the 19th century at Sungai Way had attracted a lot of Chinese migrants to the area. Selangor‘s Resident Sir Frank Swettenham constructed rail lines from Kuala Lumpur to Klang in 1882. One of the stations was located in Sungai Way. This clearly proves that Sungai Way was discovered rapidly around 1870s, between a few years after the discovery of Kuala Lumpur.

Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my