Pesta Sukan Komanwel ke-16 telah dibuka dengan rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 11 September 1998, dan ditutup dengan rasmi oleh Ratu Elizabeth II diamana Malaysia telah menjadi Tuan Rumah bagi penganjuran edisi tahun tersebut. Logo Sukan Komanwel ke-16 ini diinspirasikan daripada bunga kebangsaan Malaysia, iaitu bunga raya. Ini adalah pertama kali warna kuning digunakan dalam lambang logo. Sebelum ini hanya warna biru dan merah digunakan sebagai lambang bendera Union Jack.
Tugu peringatan ini telah dibina di kawasan Taman Tasik Bandaran, Petaling Jaya dimana ia merupakan salah satu vanue sewaktu temasya sukan ini berlansung. Replika Tugu Peringatan ini telah disimpan dan di pamerkan di Muzium Petaling Jaya

