Petaling Jaya juga tidak asing lagi kepada pelabur-pelabur dalam dan luar negara bagi menjalankan perniagaan produk perindustrian yang berasaskan pemprosesan makanan dan penjagaan diri. Kebanyakan jenama produk perindustrian terkenal yang wujud pada awal tahun 1960-an masih mengekalkan lagi kilang operasinya di Petaling Jaya sehingga menjadikan Petaling Jaya sebagai Hub Ekonomi terpinting di Selangor dan Malaysia sehingga ke hari ini.

