Negeri Terengganu terdapat
beberapa bentuk rumah tradisional Melayu dan salah satunya
dipanggil Rumah Limas Bungkus. Struktur rumah ini dikenali
berdasarkan bumbung rumahnya yang terdiri dari pada sebuah perabung
lurus dan bersambung pula dengan 4 buah perabung yang turun ke
cucuran atap yang dihiasi dengan ukiran-ukiran kerawang kayu. Rumah
jenis ini mempunyai beberapa bentuk daripada bentuk panjang dan
bersegi empat tepat. Ruangnya pula terdiri daripada ruang anjung,
beranda, rumah tengah dan dapur. Rumah Terengganu dibina daripada
kayu cengal, meranti dan kapur. Manakala atapnya daripada atap
tanah dan atap genting senggora.