Struktur rumah-rumah tradisional
Melaka pada asasnya diperbuat daripada kayu dan papan dan
beratapkan nipah. Secara umumnya dapat dikenalpasti dengan ketara
melalui keunikan tangga batunya yang bertingkat dan dihiasi dengan
jubin bercorak tumbuhan, bungaan, burung atau geometri. Rumah ini
terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu serambi, rumah ibu,
selang, rumah dapur, pelantar, loteng dan pangkin.