Rumah panjang ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bilik
utama, awah dan tanju. Di dalam bilik ini, suku kaum Bidayuh
lazimnya meletakkan barang peribadi milik keluarga dan keturunan
mereka termasuk gong, tempayan serta tembikar. Ruang ini juga
berfungsi sebagai tempat tidur. Awah pula adalah bahagian pelantar
di luar rumah panjang dan lazimnya bertutup dan beratap. Di ruang
awah suku kaum Bidayuh menjalankan aktiviti harian mereka seperti
menganyam, berbual, membuat peralatan dan bertani. Malah ruang awah
juga digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti
perkahwinan, pantang larang dan pesta tertentu termasuk pesta
gawai. Tanju pula ruang atau bahagian terbuka dan lazimnya tidak
bertutup mahu pun beratap. Ruang itu digunakan untuk menjemur hasil
tuaian seperti lada, padi dan jagung.