Pameran Amba (Seni Agung Permata Dunia)

Pameran Amba (Seni Agung Permata Dunia)

PENGENALAN

Batik adalah satu contoh seni warisan masyarakat Melayu tradisional yang unik dan tinggi nilai estetika serta ketinggian pemikiran pembuat corak motifnya. Ia merupakan warisan kemahiran tangan yang berharga yang mempunyai kesinambungan faktor alam semulajadi, adat resam dan kepercayaan agama malah merangkumi asal-usul, keperluan dan cara hidup. Batik merupakan satu bidang kerja kraf yang unggul dan mula bertapak di Tanah Melayu sejak awal tahun 1920-an lagi. Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinasikan batik sebagai kain yang bercorak (dilukis atau ditera dengan lilin dan dicelup).

Batik di Malaysia mula bertapak di Tanah Melayu khusus di Terengganu dan Kelantan dan sehingga kini telah berkembang pesat serta mempunyai identiti tersendiri. Batik merupakan tekstil Melayu yang dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan mencelup kain. Istilah batik diambil dari proses penggunaan lilin yang telah dicairkan dengan cara menitikkannya pada permukaan kain putih melalui canting. Batik dalam erti kata perkataan Jawa, adalah 'ba' atau 'amba' bermaksud membuat kerja dengan aktif, dari sudut yang lain ada yang berpendapat 'amba' itu bermaksud 'hamba' atau 'menghambakan diri' dan 'tik' bermaksud titik. Dengan perkataan 'ba-tik' membawa maksud menghambakan diri untuk menitik lilin di atas kain putih. Titik dihasilkan daripada lilin dengan menggunakan canting. Canting adalah sejenis alat yang diperbuat daripada logam (tembaga) berbentuk kasut kecil ruang di mana lilin diisikan.

Asal usul batik sukar dipastikan. Walau bagaimanapun dari segi keunikan dan keaslian alat yang digunakan untuk membuat, jelas bahawa ianya berasal dari Kepulauan Jawa, Indonesia. Malah sebelum Perang Dunia Kedua, Jawa merupakan kawasan kepulauan Melayu yang memonopoli perdagangan batik dengan negara luar. Bermula dari sinilah batik telah berkembang dari segi penggunaan dan penciptaannya. Di Tanah Melayu, Kelantan dan Terengganu terkenal sebagai negeri yang banyak menghasilkan dan mengeluarkan produk batik. Sebelum menggunakan lilin, pengusaha batik di Kelantan telah mahir menggunakan bahan warna untuk mengecap batik. Kain-kain ini dikenali sebagai kain cap atau batik blok. Kini Malaysia menjadi salah sebuah negara pengeluar utama batik di dunia yang mengiktiraf kehalusan dan kemahiran kerja tangan pengeluar batik tempatan.

Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my