Ucapan Pengarah JPM
Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya Muzium Petaling Jaya sudah beroperasi dan sentiasa bersedia menerima kunjungan pelawat. Ucapan terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Datuk Bandar Petaling Jaya di atas sokongan dan komitmen padu di dalam usaha untuk merealisaikan penubuhan Muzium Petaling Jaya.
Penubuhan Muzium Petaling Jaya ini sekaligus menjadi mercu tanda dan ikon baru bagi Produk Pelancongan Negeri Selangor serta Petaling Jaya amnya. Objektif utama muzium ini ialah membei peluang kepada orang ramai khususnya generasi baru untuk menelusuri sejarah perkembangan Petaling Jaya dari mula ianya diterokai sehinggalah kini berkembang pesat sebagai sebuah bandar metropolitan. Terima kasih juga diucapkan kepada penduduk Petaling Jaya yang telah menyumbang artifak dan bahan cetakan untuk dipamerkan di sini..
Di muzium ini orang ramai berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana Petaling Jaya dahulu sejak ia mula ditubuhkan sekitar tahun 1950an. Orang ramai juga berpeluang melihat bagaimana pentadbiran awal Petaling Jaya bermula dengan Petaling Jaya Authority sehinggalah menjadi Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada hari ini.
Justeru itu saya berharap dengan tertubuhnya Muzium Petaling Jaya ini seluruh warga Petaling Jaya dapat memanfaatkan serta menghargai nilai sejarah negara. Akhir sekali semoga Muzium Petaling Jaya akan menjadi perintis kepada PBT lain dalam memelihara dan memartabatkan kahzanah warisan bangsa. Puliharalah Kahzanah Warisan Kita. Selamat melayari laman web Muzium Petaling Jaya..
“Puliharalah khazanah warisan kita untuk generasi akan datang.”
Pengarah Pembangunan Masyarakat

