Sarawak dikenali juga Sarawak
Bumi Kenyalang merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sebelum
pembentukan Persekutuan Malaysia, Sarawak bebas dari kolonial
British pada 22 Julai 1963.
Lokasi dan sejarah Sarawak telah menghasilkan
kepelbagaian etnik, budaya dan bahasa yang luas. Antara penduduk
asli Sarawak, pengaruh luar telah membawa banyak perubahan dari
masa ke masa.
Dengan ini Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah
mengadakan sebuah Pameran Thematik bertajuk
‘Tok Lah Kamek : Melestari Bangsa Menjunjung Budaya’ yang menyinkap
sejarah dan misteri masyarakat pribumi yang terdapat di Negeri
Sarawak. Jom kita kenali dengan lebih dekat lagi masyarakat pribumi
yang hampir pupus ini.
Pameran ini berlangsung pada 1 September 2022
sehingga 31 Mac 2023 bertempat di Galeri C Pameran Thematik
Muzium Petaling Jaya. Muzium Petaling
Jaya dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dan Cuti Umum bermula
jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Masuk adalah percuma!
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami ditalian
03-79548122 atau email Alamat emel ini dilindungi
dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk
melihatnya.
.
Jom Kunjungi
Muzium!