PERTANDINGAN SAJAK SEPTEMBER INI

PERTANDINGAN SAJAK SEPTEMBER INI

AKAN DATANG SEPTEMBER INI....
 
Anda pencinta Bahasa Kebangsaan?
Suka serta berkebolehan menghasilkan karya sastera seperti sajak?
Meminati pendeklamasian sajak?
 
Jika YA! Andalah yang kami cari!!…
Jom sertai kami dalam Pertandingan Deklamasi Sajak Petaling Jaya 2021 secara Maya yang dianjurkan oleh Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya) pada bulan september ini. Maklumat pertandingan, tarikh, syarat penyertaan serta tema sajak akan dimaklumkan pada 1 September 2021 (Rabu).
 
Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan terbahagi kepada 3 kategori seperti berikut :-
1. Kategori Sekolah Rendah (7 hingga 12 Tahun)
2. Kategori Sekolah Menengah (13 hingga 17 Tahun)
3. Kategori Dewasa (18 Tahun Ke Atas)
 
Pertandingan ini terhad kepada 12 penyertaan terawal bagi setiap kategori.
Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini akan kami maklumkan pada 1 September 2021 (Rabu) nanti. Hadiah wang tunai bakal menanti para pemenang pertandingan ini nanti antaranya seperti berikut :-
 
KATEGORI SEK. RENDAH
JOHAN RM400
NAIB JOHAN RM350
KETIGA RM300
 
KATEGORI SEK. MENENGAH
JOHAN RM500
NAIB JOHAN RM400
KETIGA RM300
 
KATEGORI DEWASA
JOHAN RM700
NAIB JOHAN RM600
KETIGA RM500
 
HADIAH SAGUHATI
Kategori (Rendah, Menengah & Dewasa)
Ke-4 Hingga Ke-10 : RM50
 
HADIAH PAKAIAN TERBAIK
Kategori (Rendah, Menengah & Dewasa)
RM100 Bagi Setiap Kategori
 
HADIAH VIDEO (LIKE) TERBANYAK
Kategori (Rendah, Menengah & Dewasa)
RM100 Bagi Setiap Kategori
 
HADIAH GURU PENGIRING
Kategori (Rendah & Menengah)
RM100 Bagi Setiap Kategori
 
Setiap peserta juga akan diberikan E-Sijil penyertaan
PENGHAKIMAN BERDASARKAN 3 ASPEK UTAMA :
 
1. Suara (50%)
Vokal- 15%
Intonasi- 15%
Nada- 10%
Kelancaran Artikulasi- 10%
 
2. Teknik & Gaya Persembahan (50%)
Isi Sajak & Originaliti - 15%
Selaras dengan tema - 15%
Kreativiti & Penampilan - 10%
Penghayatan- 5%
Bahasa Tubuh & Mimik Muka- 5%
 
3. Penalti ( Ditolak 10% hingga 50% Markah)
- Jika menyentuh isu politik, agama, & perkauman.
- Membaca teks atau bahan rujukan
- Dibantu oleh orang lain.
- Video telah isunting atau diedit
JUMLAH KESELURUHAN: 100 %
 
JANGKA MASA PERTANDINGAN
Pertandingan Mula : 01 September 2021 (Rabu)
Tarikh Tutup : 22 Sepetember 2021 (Rabu)
Video Like terbanyak : 23 September (Khamis) hingga 28 September 2021 (Selasa)
Penilai Sajak Oleh Juri : 27 Setember 2021 (Isnin)
Keputusan : 30 September 2021 (Khamis)
 
Untuk maklumat lanjut, Sila hubungi Urusetia Pertandingan :
ENCIK BONNY EDDY / ENCIK FARHAN : 03-79548122 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Stay tuned & stay updated gais ✌🏼😊
 
Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my