PERTANDINGAN SAJAK KINI BERMULA

PERTANDINGAN SAJAK KINI BERMULA

Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan menganjurkan Pertandingan Deklamasi Sajak Petaling Jaya 2021 secara Maya bermula 1 September hingga 22 September 2021.
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia serta terbahagi kepada 3 Kategori iaitu
1. Kategori Sekolah Rendah
2. Kategori Sekolah Menengah
3. Kategori Dewasa (Berumur 18 tahun dan ke atas)
Pertandingan ini hanya terhad kepada 12 penyertaan terawal bagi setiap kategori.
Pada tahun ini, tema Pertandingan Sajak Petaling Jaya Maya 2021 adalah bertemakan “PETALING JAYA BANDARAYA PINTAR, MAMPAN, BERDAYA TAHAN DAN DINAMIK MENJELANG 2025’ dan WAJIB memasukkan salah 1 nilai dari 17 nilai murni (Nilai Moral) dalam sajak bagi menggambarkan suasana serta harapan anda di Petaling Jaya.
Berikut adalah butiran Pertandingan Deklamasi Sajak Petaling Jaya Maya 2021 :-
Tarikh Penyertaan : 01 September Hingga 22 September 2021
Tarikh Penilaian Sajak : 27 September 2021 (Isnin)
Keputusan Pemenang : 30 September 2021 (Khamis)
Pautan Borang Penyertaan : https://forms.gle/9kGCCspTmMp5DRf7A
Hadiah wang tunai menanti para peserta yang berjaya! Jadi tunggu apa lagi... Jom hantar penyertaan anda sekarang!
 
 
 
 
 
 
Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my