PERTANDINGAN KUIZ MUZIUM SIRI 1/2021

PERTANDINGAN KUIZ MUZIUM SIRI 1/2021

Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya menjemput penyertaan anda bagi menyertai Pertandingan Kuiz Muzium Siri 1/2021 secara dalam talian.
 
Pertandingan ini adalah usaha terbaru Muzium Petaling Jaya menggunakan platform media massa seperti Facebook dan Website Muzium selaras dengan terma aktiviti norma baharu bagi mengekang wabak Covid-19. Pendekatan ini dipilih sebagai usaha merancakkan peranan Muzium Petaling Jaya agar masih kekal relevan ketika mendepani pandemik ini.
 
Pada tahun ini, pertandingan ini akan diadakan sebanyak 3 siri mengikut tema soalan. Bagi siri 1/2021 , soalan adalah bertemakan Muzium Petaling Jaya dan Sejarah Petaling Jaya.
 
Pertandingan ini akan berlangsung bermula 02 Ogos hingga 06 Ogos 2021. Pautan bagi soalan kuiz adalah : https://surveymonkey.com/r/kuizmuzium
 
Pertandingan Kuiz Muzium ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke atas. Peserta yang berjaya menjawab soalan dengan tepat dan pantas dalam tempoh hari yang ditetapkan akan dikira sebagai pemenang. Hadiah wang tunai disediakan kepada 13 orang peserta yang berjaya. Sila pastikan maklumat diri anda diisi dengan lengkap bagi memudahkan pihak kami menghubungi anda.
 
Jom sertai & Semoga Berjaya!!!
 
#thisisPJ
#PJKITA
#SayangiPetalingJaya
 
Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my