Muzium Petaling Jaya kini DIBUKA

Muzium Petaling Jaya kini DIBUKA

PERKHIDMATAN MUZIUM PETALING JAYA & KIOS ILMU TAMAN JAYA TELAH DIBUKA!
 
Muzium Petaling Jaya & Kiok Ilmu Taman Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah dibuka semula bermula hari ini 20 September 2021 (Isnin) ini dengan pematuhan kepada SOP ketat seperti yang telah digariskan di Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 oleh Majlis Keselamatan Negara & Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Para pengunjung juga diingatkan untuk membuat tempahan awal bagi tujuan lawatan ke muzium, sentiasa memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan dengan hand sanitizer serta menjaga jarak anda dengan pengunjung lain.
 
Hanya pengunjung yang telah lengkap 2 dos vaksin dengan tempoh matang 14 hari sahaja dibenarkan masuk. Bagi yang berumur 17 tahun dan ke bawah perlu diiringi oleh ibu/bapa/penjaga yang telah lengkap 2 dos vaksin. Sehubungan itu juga, hanya 15 orang jumlah pelawat sahaja yang dibenarkan berada di premis dalam satu-satu masa.
 
Untuk fasa ini, Muzium Petaling Jaya dibuka pada Isnin hingga Khamis sahaja dan tutup pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad serta Cuti Umum. Manakala waktu perkhidmatan pula adalah bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Bagi penyelidik yang ingin mendapatkan maklumat atau membuat kajian, anda dikehendaki untuk membuat temu janji terlebih dahulu sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh kajian anda.
 
Untuk temu janji slot lawatan atau kajian anda di Muzium Petaling Jaya, anda boleh scan QR kod dibawah atau mengisi pautan ini : https://forms.gle/HZjVDb6snmiYtFjh9 serta platform media yang lain seperti DM/FB Messenger Muzium Petaling Jaya, Website Muzium, e-mail dan juga melalui panggilan telefon.
 
                  
 

 
 
 
 
 
 
Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my