KUIZ MUZIUM PETALING JAYA SIRI KE-2 KINI BERMULA

KUIZ MUZIUM PETALING JAYA SIRI KE-2 KINI BERMULA

 
 
Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya menjemput penyertaan anda bagi menyertai Pertandingan Kuiz Muzium Siri 2/2021 secara dalam talian.
Ini merupakan soalan kuiz siri ke-2. Pertandingan ini adalah usaha terbaru Muzium Petaling Jaya menggunakan platform media massa seperti Facebook dan Website Muzium selaras dengan terma aktiviti norma baharu bagi mengekang wabak Covid-19. Pendekatan ini dipilih sebagai usaha bagi merancakkan peranan Muzium Petaling Jaya agar masih kekal relevan ketika mendepani pandemik ini.
 
Pada tahun ini, pertandingan ini akan diadakan sebanyak 3 siri mengikut tema soalan. Bagi Siri 2/2021 ini, soalan adalah bertemakan Sejarah Kemerdekaan Malaysia.
Pertandingan ini akan berlangsung bermula 06 September 2021 (Isnin) hingga 10 September 2021 (Jumaat). Pautan bagi soalan kuiz adalah : https://www.surveymonkey.com/r/kuizmuzium2.
 
Pertandingan Kuiz Muzium ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 13 dan ke atas. Peserta yang berjaya menjawab soalan dengan tepat dan pantas dalam tempoh hari yang ditetapkan akan dikira sebagai pemenang. Hadiah wang tunai disediakan kepada peserta yang berjaya.
 
Sila pastikan maklumat diri anda diisi dengan lengkap bagi memudahkan pihak kami menghubungi anda.
Jom Sertai & Semoga Berjaya!!!
 
Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my