Pada 06 Mei 2017 yang lalu, Muzium Petaling Jaya telah berjaya menganjurkan Majlis Perasmian Pameran ' The Dolls of Japan: Shapes of prayer, Embodiments of love' dengan jayanya. Majlis ini telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan PersekitaranDr . Abdul Ghalib Sulaiman, diriingi oleh Embassy of Japan, Mr Hiroyuki Orikasa dan Mr . Koichi Horikawa, Director of The Japan Foundation, Kuala Lumpur.
Kerjasama ini adalah merupakan kali kedua antara Muzium Petaling Jaya dan Japan Foundation Kuala Lumpur . Pameran ini memaparkan lebih dari 70 jenis anak patung yang mengenakan pakaian tradisional negara Jepun tersebut dan pameran ini juga adalah bersempena meraikan ulangtahun diplomatik ke -60 antara Malaysia dan Jepun.
Pameran ini berlangsung dari 17 April hingga 18 Mei 2017 pada setiap hari kecuali Hari Jumaat dan dibuka kepada orang ramai dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Muzium Petaling Jaya.
Masuk adalah PERCUMA.