Pada 21 Mac 2017 yang lalu, seramai 20 orang pegawai dan staff dari Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah mengadakan lawatan kerja ke Muzium Petaling Jaya.
Lawatan kerja ini diadakan bagi menjalin hubungan kerjasama dalam pembangunan muzium di MPSJ pada masa akan datang . Lawatan ini menjelaskan tentang konsep dan penubuhan asal Muzium Petaling Jaya yang memberi penekanan khas asal-usul Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang telah wujud sejak 50 tahun yang lalu.