Bengkel Eksplorasi Seni Tie & Dye 'Color Your Life' telah diadakan pada hari Sabtu , 11 Mac 2017 bertempat di perkarangan Muzium Petaling Jaya dengan jayanya. Bengkel ini telah dikendalikan oleh saudara Muhammad Shukor Shohime dan saudari Fatin Nabiha Othman dari Pusat Kraftangan Cawangan Negeri Melaka.
Tujuan bengkel dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan tentang teknik dan cara penghasilan batik ikat dan celup (tie & dye) yang betul di samping peserta dapat menghasilkan apresiasi berpandukan bahasa seni visual yang telah dipelajari. Bengkel disertai oleh 30 pelajar dan guru sekolah sekitar Petaling Jaya.
Selain daripada bengkel, hasil karya peserta juga dipertandingkan bagi menilai kreativiti peserta . Berikut adalah senarai pemenang Pertandingan Bengkel Eksplorasi Seni Tie & Dye 'Color Your Life' ;
- Johan - Norasyidah Hani bt Malek ( Kolej Tingkatan 6, Petaling Jaya)
- Naib Johan - Nur Intan Solehah (SMK Taman Petaling)
- Ketiga Nor Aishah Mohamad Nazri (SMK Sultan Abdul Samad)
- Nur Elysa Sofea
- Nur Liyana Azharuddin (SMK Kelana Jaya)
- Ridhwan Amar Mohd Rizaimy (SMK Damansara Damai 1)
Tahniah dan terima kasih kepada semua pemenang dan peserta bengkel.