Latar Belakang

Ucapan Datuk Bandar

Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera,

Syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah kurnianya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah berjaya menubuhkan Muzium Petaling Jaya. Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Protem Muzium Petaling Jaya yang terlibat dalam merealisasikan penubuhan muzium ini.

Muzium Petaling Jaya yang terletak di Taman Tasik Jaya terbahagi kepada 3 galeri utama. Dengan wujudnya 3 galeri utama ini diharapkan dapat memberi gambaran serta informasi mengenai sejarah dan perkembangan Petaling Jaya sejak mula diwujudkan. Sekaligus memberi peluang kepada generasi baru mengetahui penubuhan Petaling Jaya sejak 50 tahun yang lalu. Pelbagai aktiviti dan program anjuran MBPJ dipaparkan di sini, perkembangan Petaling Jaya dari segi infrastruktur, perumahan, perdagangan dan perindustrian yang pesat turut dipaparkan. Saya berharap agar penduduk Petaling Jaya dapat bersama-sama memanfaatkan muzium ini. Padangan atau teguran untuk menambahbaik muzium ini sangat dialu-alukan. Saya menyeru penduduk Petaling Jaya agar dapat menyumbang idea di dalam meningkatkan kualiti muzium ini.

Di kesempatan ini juga saya ingin berterima kasih kepada pihak yang terlibat di dalam pembukaan Muzium Petaling Jaya dan diharapkan lebih ramai lagi yang dapat menyumbang artifak atau apa juga bahan untuk dipamerkan di Muzium Petaling Jaya. Akhirnya saya berharap agar lebih ramai lagi penduduk Petaling Jaya mengunjungi Muzium Petaling Jaya. Selamat melayari laman web Muzium Petaling Jaya.

Sayangi Petaling Jaya

Datin Paduka Alinah Binti Ahmad D.S.I.S, K.M.N, A.M.S, P.P.T
Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Carian Laman Web

Adakah laman web ini berinformasi?
  • Undian: (0%)
  • Undian: (0%)
  • Undian: (0%)
Undian Kesuluruhan:
Undian Pertama:
Undian Terakhir:
 
 

Artifak

 


LAPIK MEJA SARAWAK

Lapik meja ini telah di hasilkan oleh masyarakat Orang Ulu di negeri Sarawak. Lapik meja ini mengetengahkan motif perisai ditengah-tengahnya kemudian motif flora iaitu paku pakis dan fauna iaitu burung enggang dan harimau sebagai intipati corak. Ianya untuk digunakan sebagai hiasan lapik meja. 

Motif burung enggang adalah motif yang sering digunakan dalam kegiatan seni suku dayak. Motif ini juga merupakan ciri-ciri pembeda dari kesenian lainnya yang ada di Indonesia. Motif burung enggang dapat kombinasikan dengan motif naga dan sulur atau akar-akaran.