Galeri F - Perkembangan & Pembangunan Petaling Jaya
Pembangunan Petaling Jaya bermula di Petaling Jaya Old Town sebelum berkembang menjadi sebuah bandar yang pesat membangun dan juga sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan terpenting di negeri Selangor. Peredaran masa turut menyaksikan Petaling Jaya berubah wajah dari sebuah bandar kediaman sehingga kini lahir sebagai sebuah entiti bandaraya yang tersendiri.
Petaling Jaya juga muncul cemerlang sebagai pusat pelaburan, perindustrian antarabangsa, pusat pendidikan serta destinasi pelancongan. Dengan keluasan 97.2 km persegi , Petaling Jaya kini terus cemerlang dengan perlaksanaan Agenda Tempatan 21 (Pembangunan Mampan).