Galeri C - Pameran Thematik (Pameran Berkala)
Ruang pameran khas atau lebih dikenali pameran thematik pula diwujudkan bagi mengadakan pameran bertema secara berkala. Ruang pameran ini mempamerkan koleksi- koleksi terpilih mengikut tema, isu, kategori serta jenis koleksi Muzium Petaling Jaya. Setiap tahun Muzium Petaling Jaya akan menyediakan sebanyak 2 jenis pameran sementara ini untuk dipamerkan pada tontonan umum sebagai tambahan kepada pameran sedia ada.