Galeri A - Sejarah Kelahiran Petaling Jaya
Jika dahulu Petaling Jaya sekadar kawasan ladang getah dan lombong bijih timah, kini Petaling Jaya berubah wajah menjadi sebuah bandar yang pesat membangun. Akibat dari masalah kesesakan dan setinggan di pinggir Kuala Lumpur sekitar awal 1950-an kerajaan negeri Selangor telah mengenal pasti tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Kelang Lama bagi mewujudkan sebuah penempatan baru.
Dengan kewujudan penempatan baru ini maka lahirlah Petaling Jaya, nama yang diasaskan oleh Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British pada waktu itu, sempena nama pokok Petaling yang dipercayai hidup subur dan Petaling Jaya telah menjadi sebuah Bandar satelit yang pertama di Malaysia.