Arkib Laman

MUZIUM PETALING JAYA KINI DIBUKA

Salam Sejahtera ????
Tuan/Puan yang kami hormati, Muzium Petaling Jaya,
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
akan mula dibuka dengan fasa pertama pada 01/07/2020 - 31/07/2020 bermula jam 9.00 Pagi Hingga 5.00 Petang setiap hari KECUALI Jumaat, Sabtu & Ahad.
Dengan pembukaan semula operasi dengan pengalaman norma baharu dalam menangani pandemik Covid-19, kami juga ada beberapa peraturan & SOP penting yang perlu dipatuhi oleh semua pelawat antaranya :-
1. Hanya individu yang melepasi saringan kesihatan dan suhu badan 37.5 darjah celsius dibenarkan masuk ke muzium.
2. Kanak-Kanak dibawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke premis muzium.
3. Warga emas dan golongan berisiko tinggi tidak digalakkan berada di premis muzium.
4. Setiap pelawat yang masuk perlulah merekodkan kehadiran sama ada dalam buku rekod kehadiran atau mengimbas QR Code Selangkah / QR Code MyPJMuseum.
5. Semua pelawat yang berada di kawasan muzium perlu memakai pelitup hidung dan mulut, pensanitasi tangan dan mengamalkan penjarakan sosial. Berkumpul secara beramai-ramai adalah tidak dibenarkan.
6. Muzium Petaling Jaya juga tidak menerima kehadiran pelawat yang berskala besar dan berkumpulan.
7. Pihak muzium hanya membenarkan 15 orang pelawat sahaja dalam satu-satu masa dengan anggaran masa 1 hingga ke 45 minit.
8. Bagi perkhidmatan Arkib dan penyelidikan hanya 2 orang sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa dengan anggaran 1 jam 30 minit. Penyelidik juga perlu membuat temujanji terlebih dahulu.
Semoga tuan/puan memberikan kerjasama penuh dalam perlaksanaan prosedur operasi (SOP) ini bagi memastikan keselamatan dan kesihatan tuan/puan terjamin dan berada di tahap optimum.
Terima Kasih!
Untuk sebarang maklumat lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi kami di talian 03-79548122.

Carian Laman Web

Adakah laman web ini berinformasi?
  • Undian: (0%)
  • Undian: (0%)
  • Undian: (0%)
Undian Kesuluruhan:
Undian Pertama:
Undian Terakhir:
 
 

Artifak

 


KUIH CAP 

Kuih loyang atau juga dikenali sebagai kuih ros, kuih bunga durian, kuih cap dan kuih goyang merupakan jenis kuih tradisi India yang diperbuat dari tepung beras yang digoreng dalam minyak masak. Di India khususnya selatan India (Tamil Nadu dan Kerala), kuih ini dikenali sebagai 'Achu Murukku' atau 'Achapam', rasanya juga manis. Manakala di Malaysia, kuih ini dinamakan kuih goyang kerana selepas acuannya dicelup dalam aduan tepung cair, kuih ini dicelup ke dalam minyak masak yang panas dan digoyang-goyangkan agar tanggal. Nama ros pula sempena bentuknya menyerupai bunga. Nama loyang pula mungkin kerana acuannya diperbuat daripada logam loyang.