Arkib Laman

PERHIASAN WANITA

Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya berbesar hati menjemput Tuan/Puan ke Pameran Seni Perhiasan Wanita : Keagungan & Kekuasaan bermula 02 Ogos sehingga 06 Disember 2019 bertempat di Galeri C, Muzium Petaling Jaya. Pameran ini telah menghimpunkan sebanyak 110 jenis perhiasan wanita yang terdapat di Malaysia dan negara luar.

Bersempena dengan pameran ini juga pihak Muzium Petaling Jaya akan menganjurkan Bengkel Seni Perhiasan Wanita 2019 (Lai/Lar- iaitu lapik dada yang dipakai dlm persembahan Mak Yong).

Bengkel ini akan dikelolakan oleh Encik Khairul Anuar Bin Zainudin dari Marknann Chereolab Studio pada 24 Ogos 2019 (Sabtu) di Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya pada jam 8.00 pagi -12.30 tengahari.

Muzium Petaling Jaya dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dan Cuti Umum bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Masuk adalah PERCUMA. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pameran/bengkel ini Tuan/Puan bolehlah menghubungi kami di talian 03-79548122.

Jom Kunjungi Muzium!

#pjkita #pjlearningcity #lovepj #jomsantaidimuziumpj #petalingjayacitycoucil

SEKITAR MAJLIS PERASMIAN PAMERAN THE DOLLS OF JAPAN

 Pada 06 Mei 2017 yang lalu, Muzium Petaling Jaya telah berjaya menganjurkan  Majlis Perasmian Pameran ' The Dolls of Japan: Shapes of prayer, Embodiments of love' dengan jayanya. Majlis ini telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan PersekitaranDr . Abdul Ghalib Sulaiman, diriingi oleh Embassy of Japan, Mr Hiroyuki Orikasa dan Mr . Koichi Horikawa, Director of The Japan Foundation, Kuala Lumpur.

Kerjasama ini adalah merupakan kali kedua antara Muzium Petaling Jaya dan Japan Foundation Kuala Lumpur . Pameran ini memaparkan lebih dari 70 jenis anak patung yang mengenakan pakaian tradisional negara Jepun tersebut dan pameran ini juga adalah bersempena meraikan ulangtahun diplomatik ke -60 antara Malaysia dan Jepun.

 

  

 

Pameran ini berlangsung dari 17 April hingga 18 Mei 2017 pada setiap hari kecuali Hari Jumaat dan dibuka kepada orang ramai dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Muzium Petaling Jaya.

Masuk adalah PERCUMA.

  

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TEMUBUAL KHAS BERSAMA MANTAN PENGERUSI LEMBAGA BANDARAN PETALING JAYA

Sesi temubual bersama tokoh Datuk Zahari Bin Abd Rashid mantan YDP serta Pengerusi Lembaga Bandaran Petaling Jaya . Tempoh perkhidmatan beliau bermula 05.03.1966 sehingga 13.10.1967. Beliau adalah antara tokoh yang terawal merancang projek pembangunan bangunan Ibu Pejabat Majlis.

 

Beliau juga antara tokoh yg memperkenalkan logo Lembaga Bandaran Petaling Jaya.

 

Carian Laman Web

Adakah laman web ini berinformasi?
  • Undian: (0%)
  • Undian: (0%)
  • Undian: (0%)
Undian Kesuluruhan:
Undian Pertama:
Undian Terakhir:
 
 

Artifak

 


KUIH CAP 

Kuih loyang atau juga dikenali sebagai kuih ros, kuih bunga durian, kuih cap dan kuih goyang merupakan jenis kuih tradisi India yang diperbuat dari tepung beras yang digoreng dalam minyak masak. Di India khususnya selatan India (Tamil Nadu dan Kerala), kuih ini dikenali sebagai 'Achu Murukku' atau 'Achapam', rasanya juga manis. Manakala di Malaysia, kuih ini dinamakan kuih goyang kerana selepas acuannya dicelup dalam aduan tepung cair, kuih ini dicelup ke dalam minyak masak yang panas dan digoyang-goyangkan agar tanggal. Nama ros pula sempena bentuknya menyerupai bunga. Nama loyang pula mungkin kerana acuannya diperbuat daripada logam loyang.